Sunday, June 6, 2010

Zionis - Agenda dan Peranannya

Zionis: Agenda dan peranannya

Orang Yahudi meyakini bahawa mereka adalah umat pilihan. Kata mereka, ‘Kami anak Allah, kami dipilih untuk memimpin dunia, bangsa lain menjadi hamba kami.’ Inilah akidah Yahudi.

Ada empat sumber rujukan mereka. Pertama ialah Torah atau Old Testament. Ia bukannya kitab Torah yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa AS tetapi kitab yang ditulis oleh pendeta-pendeta mereka. Torah ini banyak korupsi seperti disebut Allah itu pelupa, tidak adil dan bermacam-macam lagi.

Rujukan kedua ialah kitab Talmud. Talmud ialah kata-kata atau hadis Nabi Musa AS tetapi telah ditukar dengan kata-kata pendeta Yahudi. Salah satu ajaran Talmud ialah, ‘Sekiranya kamu berjalan-jalan dan berjumpa orang bukan Yahudi meminta tolong dari dalam lubang, hendaklah kamu mengambil batu dan menghempapnya.’ Sumber ketiga ialah Kabbalah iaitu huraian kepada Talmud. Apa yang disebutkan Talmud diterangkan dengan lebih kejam.

Manakala keempat adalah protokol zionis. Salah satu daripadanya ialah berusaha menguasai ekonomi dunia. Penguasaan ini bukan sekadar kekayaan harta malah menguasai hati-hati umat Islam. Yahudi menguasai pemikiran, perasaan dan kehidupan hinggakan orang Islam mengikut apa yang dirancang oleh ekonomi Yahudi.

Kelompok zionis telah membuat satu perjumpaan setelah tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Hamid II. Theodor Herzl mengadakan Konferens Yahudi Sedunia yang pertama di Besel, Switzerland pada 1897 bagi membincangkan langkah-langkah untuk menubuhkan negara Yahudi dan menambahkan bilangan Yahudi di Palestin.

Perancangan seterusnya ialah merancang kemasukan orang Yahudi secara terancang dan tersusun ke Palestin. Dari lapan peratus Yahudi, bilangan mereka bertambah hingga Resolusi 181 (II) PBB memberi 55 peratus daripada tanah Palestin kepada Yahudi. Selepas tahun 1948, keluasan Israel bertambah kepada 77 peratus. Kini cuma tinggal empat peratus tanah yang diduduki oleh orang Palestin.


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

‘Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment

feel free to leave your comment ya... =P